Monday, 8 June 2015

Kahfi hindari manusia daripada fitnah Dajjal


                             


Apa itu Dajjal ???


Dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia. Makanan orang-orang beriman ketika Dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).

Sahabat bertanya,

"Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"Tidak. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar."

Kita kena berpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi.
Antara kelebihan-kelebihan yang Allah bagi dekat Dajjal:
- Boleh menyuburkan tanaman.
- Boleh turunkan hujan.
- Menghidupkan yang sudah mati.

Macam mana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?
"Pergerakan Dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin. Sangat laju!"..Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. Semua pemerintahan nanti akan berada di bawahnya. Bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tuhan.
Nanti , Dajjal akan menyuruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. Siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. Siapa tak mengaku, derita.

Hari pertama Dajjal dekat dunia bersamaan setahun.
Hari ke 2 bersamaan sebulan.
Hari ke 3 bersamaan seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 seperti hari-hari biasa.

Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.

Sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya."Jika Dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya."

Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk menyakinkan kita yang dia tu tuhan. Sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!

Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.
Waktu Dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. Tak ada siapa boleh menolong waktu tu sekalipun seorang ibu nak tolong anaknya.

"Kalau kita menyorok dalam air, selamat tak dari Dajjal"?
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan Dajjal tu di darat, laut dan udara.
Tak boleh lari..."Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng dia tu."Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf, Fa dan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan.

Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal sebenarnya adalah syurga dan Syurga Dajjal adalah hakikatnya neraka.

Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas Dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti.

Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi, maka kamu akan terselamat daripada fitnah Dajjal. Ni hadis Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW;

"Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal."

"Yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh Dajjal."


Orang yang malas nak ambil tahu pasal Dajjal ni, mereka tak tahu betapa hebatnya huru hara yang akan dibawa oleh Dajjal nanti.
Sebab tu la antara perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat ini ialah membaca surah Al-Kahfi.
Dengan Izin Allah, kita akan terhindar daripada menjadi pengikut pengikut Dajjal.






xoxo - aen

Plastik Bocor


Hati hati  dengan plastik bocor.

Kamu ambil wudhu' dengan sempurna tapi membazir air (plastik bocor)

Kamu solat, sedekah, baca al-Quran, pergi haji dan umrah banyak kali tapi kamu membuat fitnah tentang orang (plastik bocor)

Kamu beri banyak sedekah pada orang miskin tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka (plastik bocor)

Kamu bangun tahajud, puasa dan taat pada Allah tapi kamu putuskan tali silaturrahim dengan saudara seislam (plastik bocor)

Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga tetapi kamu mencarut, menyumpah, mengumpat, memfitnah, mengganggu, mengacau dan tak boleh mengawal rasa amarah kamu (plastik bocor)

Kamu pakai abaya dan tudung labuh tapi minyak wangi kamu bau kuat (plastik bocor)

Kamu muliakan dan layan baik tetamu kamu tapi bila dia balik, kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia (plastik bocor)

Kamu berkorban kesenangan kamu demi anak dan suami tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah (plastik bocor)

Kamu doa mohon keampunan, Allah beri kamu sakit, kamu mula merungut buat orang sekeliling kamu tertekan (sedangkan sakit pengampun dosa) (plastik bocor)

Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam plastik bocor. Kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah!

Muhasabah diri bersama





xoxo - aen

Saturday, 6 June 2015

Wanita Hiasan Dunia


 

Wanita adalah perhiasan
umpamanya
perhiasan itu disimpan didalam laci
kemudian dikunci
disimpan didalam almari
kemudian almari itu dikunci
dan almari itu didalam kamar
kemudian kamar itu dikunci
kamar itu berada didalam rumah
kemudian rumah itu dikunci
dan rumah itu ada pagarnya
kemudian pagar itu dikunci

dikunci
dikunci
dikunci
dan 
dikunci

dan pemilik kunci itu selayaknya


xoxo - aen

Friday, 5 June 2015

Di Bawah Langit Yang Sama



 

"Di waktu segala jalan hubungan di bumi ditutup orang,
hubungan ke langit sentiasa lapang  terluas"



"jika dengan melihat langit mampu membuat jiwa gundah itu tenang
itu tandanya kau punya kerendahan hati
jiwa yang tawaduk
kau puas dengan apa adanya"


dongak ke langit
mata pejam
hati bisik
Tuhan aku tahu kau ada
senantiasa ada
pelihara aku
dakap aku dengan kasih dan rahmatmu
redhai setiap langkah aku didunia
beri aku pengakhiran yang baik


xoxo - aen


La Tahzan


"Not everyone will understand your journey
 you're here to please Allah
 and live your life
 not to make everyone else understand"

live your life to the fullest.

Indeed, we're here for Allah S.W.T, the only ONE
if everyone don't understand
what we had gone through
what we are trying to do
what we had done for
it's okay
just ignore them

as long as things that we'd done
pleased Allah S.W.T
then proceed
live your life
people come and go
but He will always
always
and always
be by our side through ups and down

so why be sad?


La Tahzan. Innallaha ma'ana 
jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita 


xoxo - aen




Thursday, 4 June 2015

When things go wrong


When things go wrong
turn to Him

Don't ask Allah to less your burden
but ask Him to give strength for you to face the hardship

Never forget where you stand
we are just a weak servant

Never give up
even when you feel like to
I'm used to feel that way
but now no more
InsyaAllah

Don't despair if your heart has been through a lot of trauma
sometimes that's how beautiful hearts are remade ; they are shattered first - Yasmin Mogahed




xoxo - aen 

Wednesday, 3 June 2015

Fi Hifzillah





ku letakkan keyakinan pada Allah untuk jaga kamu
tiada kerisauan 
dibenakku




akan aku hidupkan lewat nafas
nafas doa
dan jauh kita adalah keterdekatan
yang hanya dipisahkan oleh batas jarak dan masa
kerana ketahuilah
saat doa yang terlantun itu
berasa dekat dengan jiwa kamu
begitu juga aku
apa kau  turut rasa?


xoxo - aen