Assalamualaikum, Holla
entry blog kalini
khas buat mereka yang hatinya
pernah rabak
pernah ranap
pernah koyak
terkadang
ada hati berduka
bila kehilangan ahli keluarga
bila kehilangan kekasih
bila kehilangan teman baik
bila ada yang menjauh
bila ada yang menzalimi
bila ada yang memfitnah
bila kau tak dapat apa yang kau ingin setelah kau berusaha semaksimum mungkin untuk kau capainya
nak bangkit daripada semua rasa tu bukan senang
tapi jangan sekali kali kita jadikan itu alasan
untuk terus berada ditakuk lama
bersedih tak salah
menangis pun tak salah
tapi sampai bila?
ingat balik
kenapa, apa tujuan kau dilahirkan ke dunia
untuk menyembah yang Esa bukan?
kau tahu MOVE ON itu seperti apa?
move on itu
bilamana kau dah tak mengingat tentang hal hal yang sakit yang telah terjadi
kau dah tak menyebut nyebut lagi tentangnya
dan kalau pun kau menyebutnya
dah tak ada rasa ngilu dan pecah lagi didalam jiwa
kau kena belajar untuk melepaskan dengan rela
bukan dalam keadaan terpaksa
MOVE ON lah !
kau takkan rugi sikit pun dengan berganjak dari masa lalu
jangan biarkan diri terus terkurung dalam masa silam
Allah bawa pergi hal kecil
kerana Allah nak bagi kau hadiah yang lagi besar
Allah takkan biarkan sesuatu itu terjadi dengan sia sia
dan kau tahu bahagia itu macam mana ?
REDHA.
iya redha
maka akan tenang jiwa kau menghadapi semuanya
buat apa nak sia siakan masa dengan luka dan airmata
bangkitlah
lihat dunia yang penuh warna
"demi Allah, aku tidak kuat
kerana Allah, aku harus kuat"
sematkan ini didalam hati
moga kau mampu untuk bangkit
xoxo - aen
No comments:
Post a Comment