Monday, 1 June 2015

Kehilangan





 

KEHILANGAN 

terkadang manusia alpa
semua yang kita miliki, tak satu pun milik kita
semua itu pinjaman 
hadiah daripada Tuhan
atas nama cinta dan kasih Allah pada hamba-Nya

sampai waktu dan ketika
kau perlu serah pada yang berhak

dalam tempoh meminjam 
apa yang kita dah buat?
jaga dengan baik tak?
atau kita rasa , ianya akan selalu ada disisi kita?

ia bukan milik kita
suka ataupun tak, kuatkan hati untuk lepaskan pergi

tahun 2014 
mengajar aku tentang kehilangan insan tersayang
3 insan tersayang pergi menghadap Ilahi kerana janji Allah untuk mereka telah tiba

Dua orang atuk dan seorang nenek

April : Nenek ( ibu kepada abah aku )
Oktober : Atuk ( ayah kepada umi aku )
November : Atuk ( ayah kepada abah aku ) 

terkejut sampai berlinangan air mata pada awal aku menerima perkhabaran 
setiap kali pulang ke kampung, dah takde raut wajah tua yang tersenyum girang menyambut kepulangan cucu
 hilang suara mesra mereka yang ramah bertanya khabar
 hilang rasa, hilang semua
saat pulang ke kampung yang kau rasa macam tiada warna
 pemilik rumah usang itu sudah tiada
bila waktu hari raya, memang terasa kekosongan tu , sakitnya kehilangan, kau tak kan dapat ungkap dengan kata kata 
sakitnya bila orang yang kau cari tak ada di depan mata
suara yang kau rindu, diam membisu 

rutin pulang ke kampung jadi berubah
kalau sebelum ni, bawa pulang makanan kegemaran mereka
tonton tv sama sama , bergurau
tapi sekarang , hanya tanah perkuburan tempat kite bertemu
sayunya dalam hati , sampai sekarang, tiap kali kaki ni melangkah ke kubur, akan ada air mata yang mengalir 

'Assalamualaikum atuk , nenek , ain datang ni, cucu atuk' 

moga kalian baik baik saja disana, sentiasa dalam rahmat Allah , dijauhkan daripada siksa kubur, berbahagia menunggu saat kita dikumpulkan nanti , disyurga yang kekal abadi, moga moga , insyaALLAH 

macam mana aku bangkit dari rasa sedih ?

luahkan segala yang terbuku pada Allah , kongsi rasa dengan orang terdekat 
1 yang aku sedar, aku beruntung kerana diberi kesempatan untuk lihat wajah atuk dan nenek , rasa kasih sayang daripada mereka, sedangkan ada insan yang tak sempat merasa semua itu 

ujian Allah tidak akan melebihi kemampuan hamba-Nya
Allah uji sebab Allah sayang 

hati 
moga kau terus kuat dan tabah
bukan untuk hari ini
tapi sampai bila bila 


QOWIEY LILLAHITA'ALA

xoxo - aen

No comments:

Post a Comment