Monday, 1 June 2015

Jaga Hati Jaga Diri

Assalamualaikum , Holla

entry kalini nak bicara soal hati
sebab kita insan biasa , akan ada rasa cinta, sayang , suka
itu semua fitrah

tapi sebab hati itu lahir dengan kebersamaan akal
terkadang apa yang hati rasa , tak semua perlu diikut
letakkan agama sebagai benteng , dengan izin-Nya , kau takkan tersesat
jiwa kau takkan mati kerana menurut hati

apa yang aku tahu dan aku belajar
hati perlu dididik
ada waktu yang kau perlu belajar untuk berkeras dengan hati
fizikalnya mungkin tampak lemah
tapi batinnya, hati kau itu kuat  atau dalam bahasa bebudak sekarang, SADO la kan

rapuhnya hati bila kau tak cukup kuat untuk lawan nafsu, bisikan syaitan , bila kau jauh dari Tuhan  dan terkadang disebabkan oleh perbuatan orang yang disekeliling kau

jangan cepat melatah
anggap saja setiap rasa yang hadir itu satu anugerah dan nikmat daripada Pencipta untuk kau sedar bahawa apa yang datang itu , satu ujian untuk kau
pilihan yang kau buat berdasarkan iman yang ada didalam diri

rasa sayang , rasa rindu, rasa cinta
tapi hubungan belum halal
apa yang boleh kita buat ?

kalau benar yakin dia memang tercipta untuk kau
usaha untuk halalkan hubungan itu
jangan biar diri terus terusan tenggelam dalam arus rasa yang berombak maksiat
doa pada yang Esa moga hati kau terus kuat untuk kau dan dia jauh dari perbuatan zina

bila jarak yang memisahkan
terbit rasa rindu bukan?
hadiahkan doa sebagai penghubung
tak bertemu mata tapi bertemu didalam doa
indah bukan ?

Jaga diri Jaga hati

                                                                    xoxo - aen



No comments:

Post a Comment